Wednesday, September 30, 2009

DOA


DOA UTK YG BERCINTA ,SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG.. AMAL-AMALKANLAH DOA NIH


'Bingkisan Doa.' Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku. ... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Ameen.. Ya Rabbal A'lamin. .
salam Eid Mubarak..
belum terlewat rasanya untuk menyampaikan salam aidilfitri. betapa seronoknya mereka yg dpt meraikan aidilfitri bersama mereka2 yg tersayang. namun pada mereka yg diuji dengan pelbagai dugaan berat, sabar, tabahkan hati dan redhala dgn ketentuan yang Maha Esa.
kerana setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.mungkin Allah nk gantikan dgn yg lebih baik. ameen. apapun sepanjang raya ni alhamduliLlah semuanya baik2 saja. ade jugak rumah sedara mara, n rakan2 yg xsempat dikunjungi..maklumlah..org pompuan ni..time ada tetamu dtg rumah kaum hawa ni la yg harus menyediakn segala apa yg patut..ni yg i bangga jd pompuan ni..mcm2 boleh buat..hehehe..
pada mereka yg i xsempat nk g beraya, jgn risau InsyaAllah ade jodoh, rezeki, dgn izinNya dpt gak kite jumpa nti..
apepun selamat beraya utk sume umat muslimin muslimat..adios amigos..

Thursday, September 3, 2009

WARKAH UNTUK HAWA

WARKAH UNTUK HAWA

Hawa…
Andai engkau masih remaja jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami jadilah engkau isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu hingga dia tidak gentar memperjuangkan
Ad-Din Allah

Hawa…
Andai engkau belum berkahwin janganlah engkau risau jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman, maka akan tercetusnya salam dan sekali gus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu, Hawa…
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta dari kedua ibubapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
Cukuplah sekadar adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…
Cintailah Allah dikala susah dan senang, kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu, kerana engkau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu, kerana engkau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga menggoncang iman lelaki…