Tuesday, December 14, 2010

SEKETUL DAGING BERNAMA HATI

Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak, dan kotor maka rosaklah seluruh anggota badannya.. dan seketul daging itu adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Tip2 menjaga hati

1-Sentiasa bersangka baik- elakkan dari bersikap bangga diri, bongkak atau sombong.

Buang segala sikap hasad dengki- jauhi diri dari bersikap dengki sesama manusia.

3-Senyumlah- senyumlah pada dunia agar dunia turut sama tersenyum pada kamu. Tapi jangan menyalahguna senyummu untuk tujuan maksiat. Senyum juga membuatkan kamu awet muda dan ceria.

4-Gemar hadiri majlis ilmu- sesiapa yang menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah dan dinaungi malaikat setiap masa.

5-Hiasilah dengan sifat dan sikap yang ikhlas- ikhlaskan hati dalam beribadat, dan kebajikan kerana Allah. Jauhi diri dari mendamba pujian atau kemasyuran manusia dengan memastikan niat adalah benar.

Jenis-jenis Hati

Hati yang sahih (Qalbun Sahih)

=Bermaksud suci bersih, bebas dari segala gangguan yang menhalangnya dari patuh kepada perintah Allah

Hati yang mati ( Qalbun Mayyit)

=Bermaksud hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah. Manusia jenis ini adalah manusia yang bekerjasama dengan syaitan dan nafsu.

Hati yang sakit (Qalbun Maridh)

=Bermaksud hati yang masih ada kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih2 penyakit. Kadangkala mereka sihat berpandukan iman tapi kadangkala mereka mengutamakan hawa nafsu yang menggila.

Racun Hati

Lidah- lidah yang mula pandai bercakap bohong, berlebih-lebihan dalam berbicara, mengadu domba dan menyampaikan fitnah akan mudah menjadi racun kepada hati.

Mata- mata akan menjadi racun kepada hati apabila mata mula melihat perkara2 maksiat yang diharamkan

Perut- perut akan menjadi racun kepada hati apabila ia diisi dengan makanan yang belebihan.

Nasihat Luqmanul Hakim

“ Janganlah kamu banyak makan dan tidur kerana pada hari akhirat nanti kamu akan miskin amal solehmu ketika bertemu Allah”

Sabda Nabi saw

“ Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang paling khusyuk beribadah. Redhalah dengan rezeki Allah yang kamu terima nescaya kamu akan jadi orang yang paling kaya. Berperilakulah baik kepada jiran, nescaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi diri kamu sendiri, nescaya akan tergolong dalam orang muslim dan jangan lah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad & At-Tirmizi)

Tanda-tanda hati yang sakit

=Mudah marah

=Bakhil

=Riak

=Kejam & zalim

=Fasiq

=Suka membenci

=Hasad dengki

=Berat beribadah

=Sombong

Kesimpulannya

Ubat mujarab kepada hati2 yang sakit adalah kembali kepada Allah dengan rendah hati, menjaga ibadah terutamanya solat. Kerana solat yang sempurna akan menggalakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran.

Nabi bersabda :

“Banyakkanlah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sekali sujud maka Allah akan mengangkat kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu” (Riwayat Muslim)

Thursday, December 9, 2010

7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi s.a.w setiap hari :

1- Tahajjud- kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2- Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari - sebaiknya sebelum mata melihat dunia, berilah peluang mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3- Jangan Tinggalkan masjid terutama di waktu subuh- sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid adalah pusat keberkatan, bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah bagi mencari orang beriman.

4- Jaga solat dhuha- kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha

5- Jaga sedekah setiap hari- Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kebaikan pada orang bersedekah setiap hari.

6-Jaga wuduk- terus menerus kerana Allah menyanyangi hamba yang berwuduk. kata Khalifah Ali nin Abu Talib "orang yang selalu berwuduk, sentiasa rasa solat walau ia tidak solat dan ia dijaga oleh malaikat dengan dua doa ' ampuni dosa dan sayangilah dia ya Allah'.

7- Amalkan istighfar setiap saat- dengan istighfar hati akan tenang dan segala dosa akan diampunkan..

Allahu'alam...

Saturday, November 13, 2010

Fadhilat & Kelebihan Melaksanakan Ibadah Qurban

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Hukum Melakukan Ibadah Qurban

  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

Fadhilat dan Kelebihan Berqurban

1. Keampunan.-

Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.

Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.

‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

www.al-azim.com/haji/qurban/pengertian & www.saujanautama3.com

Monday, October 25, 2010

SURAH AN-NAS

entri ni sy jumpa kt 1 website, so rase boleh je kot kalo share..bg same2 mendapat manfaat.. :)

Surah an-Nas merupakan antara ayat quran yg lazim membasahi bibir pemuda muslim. Ayatnya pendek, ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.


1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.

2. Raja manusia.

3. Sembahan manusia.



Allah memulakan surah ini dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya, Tuhan yang memelihara, membimbing dan menjaga. Al-Rabb dalam surah ini membawa maksud yg luas termasuk yang mengarah, menjaga, membimbing, memelihara dan melindung. Dengan kefahaman ini, membolehkan kita merasakan betapa dekatnya Allah dengan kita, Tuhan yang mengenali diri anda lebih daripada anda mengenali diri sendiri. Pengakuan Allah selaku raja dan sembahan manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaanNya yang mempu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan harapan oleh Allah yang rahmatnya tiada terbatas.



4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia
,



Bahagian kedua surah ini pula menceritakan hakikat syaitan, musuh kita yang lemah pada azalinya, namun jauh lebih kuat daripada hati-hati manusia yg tidak mengenal “Rabb”nya. Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan, melainkan membisikkan kalimah2 busuk serta melemparkan hasutan2 berbau kejahatan pada hati manusia yg mudah alpa. Manusia sendiri yang seterusnya terpengaruh lalu melakukan kerosakan pada dunia dengan tangan mereka masing-masing. Syaitan juga punya perangai si penakut. Dia hanya muncul dalam hati kepunyaan mereka yg tidak teguh imannya, yg merasa lazat dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan. Hari di mana tiada ibu yang sanggup melindungi walau anak yang baru dilahirkannya.



6. dari (golongan) jin dan manusia.

Seterusnya, Allah mengingatkan kita, tidak syaitan bukan hanya golongan jin tapi ada juga syaitan dari kalangan manusia. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah yang tidak pernah kenyang memamah daging saudara sendiri serta mereka yang tenggelam dalam nafsu serakah.

Allahu'alam

Thursday, October 21, 2010

Bila Bala Allah akan datang???

Apabila berlakunya 15 perkara, maka akan datang bala Allah kepada umat manusia:

1--Harta sesebuah negeri beredar kepada orang2 tertentu shj (kapitalis)

2--Amanah dijadikan sumber keuntungan (cth: hrta anak yatim)

3--Zakat dijadikan hutang (tak rasa dosa tak bayar zakat)

4--Bila suami perturutkan kehendak isteri dalam perkara yang dilarang Allah (cth:bj tidak menutup aurat @ keinginan ke tempat tidak baik)

5--anak derhaka pada ibu (secara langsung/tidak langsung)

6--lebih rapat ngn kawan (tidak lg dgr nasihat ibubapa) pakej

7- -hilang mesra dgn ayahnya

8- -suara2 ditinggikan dalam masjid (bercakap perkara kosong)

9- -muzik melalaikan tersebar di merata2

10-sutera dipakai oleh lelaki di merata2

11-penghibur (artis2) disanjung2.

12-Org paling hina dijadikan ketua

13-Peminum arak merata2

14-Generasi akhir melaknat kaum2 terdahulu

15-Seseorang yang hina dimuliakan.

Alllahu'alam


Tuesday, October 12, 2010

Golongan Yang Bakal Menjadi Penghuni Neraka

sudah ditetapkan bahawa bahan bakar neraka terdiri dari
Golongan JIN dan MANUSIA

antara ciri2 bakal penghuni neraka adalah :

1- Mereka yang dikurniakan hati n fikiran tp tidak diguna utk memahami keagungan Allah,segala yang ada dibumi adalah milik Rabbul 'Alamin
2- Mereka yang diberi pendengaran tetapi tidak diguna utk mendengar ayat2 Allah, tetapi tidak hadir untuk menyempurnakannya.
3- Mereka yang diberi pandangan mata tetapi tidak nampak kebesaran Allah, gempa
bumi, bencana dilihat sebagai perkara biasa. sedangkan itu adalah amaran kemarahan Allah pada hambanya.


waLlahu 'alam..

Monday, October 4, 2010

Perempuan Perlu Tahu Yang Lelaki :

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukan sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Lelaki perlu tahu yang perempuan

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Saturday, October 2, 2010

Eid Mubarak GeoInfo

Alhamdulillah.. hari ni seronok menghadiri majlis hari raya yg ofiz buat.. dptla memeriahkan suasana, mengeratkan silaturRahim.. memangla yg paling seronok kanak2..tapi we all pon xkurang jugak..heheh..makanannye banyak, air memang air sejuk ais la yg I minum..hehehe.. but yg paling I suke, majoriti ofizmate lelaki berbaju melayu.. (sb bukan senang nk tgk dorg pakai 1 suit).. hehe. sume nampak hensem bergaya.. n of course la pd diri ku... seronok melayan kanak2 seolah2 aku pon kanak2..hakhakhakhak.. bergurau senda, berkejaran, memang best.. kalau lah..dpt jadi kanak2 balik..(memang takkan arrr..) hehehe..

okay..now time to out..g solat n shopin dlu..daaaa...

Friday, September 24, 2010

Suami Soleh

  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
  7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

wanita solehah

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

AURAT-Tuntutan Yang Sering Diabaikan

Bila ditimbulkan soal aurat, maka persoalan ini selalunya ditujukan kepada wanita. Walaupun begitu, bagi lelaki juga, perbahasan mengenai hal yang berkaitan dengan aurat perlu diambil berat kerana bagi kedua-duanya tiada beza kewajiban untuk menjaga auratnya. Akan tetapi pada entries saya kali ini, saya suka untuk menskopkan perbincangan ini khusus bagi aurat wanita. Janganlah kita lupa bahawa ianya perlu diketahui bukan sahaja bagi diri seorang wanita, bahkan lelaki juga perlu mengetahuinya kerana ia mempunyai hubung kait, lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim.
Saya tidak akan memaparkan perbahasan ini, secara terperinci, ianya hanya sekadar gambaran yang saya rasa ia merupakan perkara asas yang amat penting dan perlu diambil perhatian. Saya yakin perbahasan ini telah banyak dibincangkan, dan bagi saya kewajiban untuk menutup aurat ini dan larangan membuka aurat telah diketahui umum. Akan tetapi maksud sebenar yang dikehendaki itulah yang memungkinkan wujudnya salah faham atau terkeliru atau buat-buat tak faham (membuka aurat dengan sengaja) dikalangan kita khususnya bagi para wanita.
Hari ini apa yang kita dapat lihat, sesetengah wanita seolah beranggapan menutup aurat itu cukup sekadar memakai tudung serta memakai pakaian yang menutup tubuh badan, namun darihal yang selebihnya tidak diambil tahu. Lihat saja di sekeliling kita, ada wanita yang memakai tudung, namun tudungya ibarat tudung yang tersilap beli, atau tersilap tempah dari segi saiz dan ukurannya. Dada yang menonjol diperlihatkan kepada pandangan umum. Begitu juga dari segi pakaiannya, samaada bajunya mahupun kain atau seluar yang dipakainya. Orang kata, menggiurkan. Perkara ini telah dapat dilihat dan diketahui umum. Saya rasa tak perlu menjelaskannya terlampau panjang mengenai hal ini, dan yang penting adalah perbahasan hukum mengenainya itulah yang menjadi hadaf (matlamat) kita. Maka dengan ini saya akan memaparkan hokum menutup aurat secara umum di dalam al-quran dan hadith iaitu : Firman Allah S.W.T di dalam Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”
Lafaz zahir yang dimaksudkan adalah bermaksud adalah muka dan tapak tangan sesuai dengan keterangan hadith daripada Aisya R.A yang bermaksud :

“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah S.A.W dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan muka daripadanya, kemudian bersabda : “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya “. (Riwayat Abu Daud)

Dengan ini, jelaslah bahawa menutupi anggota badan bagi wanita kecuali muka dantapak tangannya adalah wajib. Seterusnya, mengenali apakah yang dimaksudkan dengan aurat itu juga kita harus dalaminya secara sebenar-benarnya, bukan sekadar mengetahui bahawa aurat itu bermaksud “pakai tudung, pakai baju, pakai seluar ” itu sahaja.
Definisi aurat di sisi syara’ :
1-Semua anggota yang wajib ditutup dan haram dipandang. (definisi ini adalah yang paling tepat)
2-Sesuatu atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.
3-Sesuatu yang berharga, tetapi tidak cukup kekuatan kita untuk membelanya dan mempertahankannya apabila diserang musuh. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam Surah al-Ahzab, ayat yang ke-13.
Jika kita lihat pada definisi yang pertama, ia bukan saja menjelaskan bahawa aurat itu wajib ditutup, bahkan ia menyebutkan bahagian yang wajib ditup itu jugalah haram dipandang. Jadi inilah kaitan yang perlu diambil perhatian bukan sahaja bagi diri wanita, akan tetapi juaga bagi diri lelaki khususnya yang beragama Islam.

Aurat wanita dengan wanita
1-Aurat muslimah dengan muslimah Ialah bahagian antara pusat dan lutut. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian Antara pusat dan lutut kepada muslimah yang lain. Tetapi jika bimbangkan Fitnah atau pandangan bershahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat Kecuali muka dan tapak tangan.
2-Aurat muslimah dengan wanita bukan Islam
Ialah semua bahagian atau anggota tubuh badan kecuali yang kelihatan apabila Melaksanakan tugas dan urusan rumah tangga. Iaitu harus bagi wanita Muslimah menampakkan muka, kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan Kaki hingga ke lutut kepada wanita bukan Islam. Adapun aurat muslimah dengan wanita bukan Islam yang hamba atau mahram Kepada muslimah itu adalah bahagian antara pusat dan lutut. Akan tetapi, jika bimbangkan fitnah atau pandangan mereka bershahwat Maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangannya.
Aurat wanita dengan lelaki
1-Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram Ialah seluruh tubuh muslimah itu sama ada dia telah baligh ataupun belum baligh adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan muka dan tapak tangannya kepada lelaki yang bukan mahram. Sebaliknya jika bimbangkan fitnah, maka muka dan tapak tangannya juga dikira sebagai aurat. Jika lelaki bukan mahram yang memandang muslimah bershahwat iaitu ada niat berseronok-seronok dengan semata-mata pandangan itu (pandangan bershahwat) walaupun aman daripada fitnah, maka seluruh tubuhnya adalah aurat.
Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram
Seterusnya aurah muslimah dengan lelaki yang mahram baginya adalah antara pusat dan lutut. Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian antara pusat dan lututnya kepada lelaki yang bukan mahram dengan syarat aman dari fitnah atau pandangan mereka tanpa shahwat. Sebaliknya jika ia boleh membawa fitnah dan pandangan bershahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangannya.
Syarat-syarat menutup aurat Islam telah menggariskan tiga syarat asas menutup aurat yang perlu dipenuhi :
1-Menutup kawasan aurat.
2-Tidak menampakkan warna kulit.
3-Tidak menampakkan bentuk tubuh.
Manakala terdapat dua syarat tambahan :
1-Hendaklah benda yang menutup aurat wanita itu bukanlah jenis perhiasan, Contohnya mahkota di atas kepala wanita.
2-Hendaklah pakaian itu tidak menyerupai pakaian yang biasa dipakai oleh jantina Berlawanan. Di sini, al-’urf atau adapt setempat memainkan peranan penting Dalam menentukan pakaian yang khas untuk lelaki dan wanita. Lelaki yang menyerupai jantina berlawanan akan dibenci Allah SWT dan RasulNya.
Sabda Rasul SAW :
“Bukanlah dari golongan kami, (orang beriman), sesiapa yang menyerupai lelaki daripada wanita dan bukan juga sesiapa yang menyerupai wanita daripada lelaki”.
Syarat-syarat yang telah disebutkan tadi, merupakan syarat-syarat yang wajib diikuti. Berkenaan dengan aurat juga, saya tertarik dengan satu persoalan yang dibahaskan di dalam satu kitab yang bertajuk “Tabarruj Dosa Berhias, Bagaimana mengenalinya dan menghindarinya” karangan dan susunan oleh Hj Mohd Hanif Hj Ismail di mana ditimbulkan persoalan mengenai pakaian harian sebagai pakaian solat.
Maka dengan ini, adakah harus bagi wanita muslimah sembahyang dengan pakaian hariannya?. Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita perhatikan sepotong hadith yang bermaksud :
“Sesungguhnya Ummu Salamah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, bolehkah seorang wanita solat dengan memakai baju kurung dan tudung tanpa jubah (yang menutup dari kepala hingga kaki?). Baginda menjawab : “Boleh jika baju kurung itu labuh, menutup kedua kakinya” (Riwayat Abu Daud)
Hadith tersebut menunjukkan bahawa pakaian kaum wanita seharian dan ketika mendirikan solat tiada bezanya. Hal ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat pakaian khusus bagi kaum wanita untuk mendirikan solat, misalnya telekong bagi masyarakat melayu. Selalu kita ada berjumpa atau terdengar cerita berkaitan dengannya, contohnya ada sesetengah wanita yang menjadikan alasan untuk meninggalkan solat dengan menyatakan sebabnya adalah kerana tidak mempunyai telekong. Kadang-kadang kebiasaan begini telah membawa kepada sesuatu perkara yang menyusahkan walaupun mungkin terdapat sesetengah muslimah yang pakaian hariannya telah menepati syarat untuk menunaikan solat tetapi disebabkan adapt atau kebiasaan maka mereka beranggapan bahawa tidak boleh solat sekiranya tiada telekong. Sepatutnya masalah ini tidak berlaku, atas sebab perkara yang kecil, ianya telah membawa diri kita kepada kebinasaan. Kesimpulannya yang dapat dibuat, pakaian muslimah yang belum boleh digunakan untuk solat merupakan pakaian Islam yang belum sempurna dan harus disempurnakan. Hal ini memang cukup berat untuk dilaksanakan oleh muslimah apabila tidak diiringi dengan keimanan dan ketaqwaan.

rujukan : Risalah Al Asad

Wednesday, September 22, 2010

Salam Eid Mubarak..BarakaLlah.. sekian lama dah xupdate blog sendiri..hehe.. sekarang kembali just to wish all selamat hari raya aidilfitri.. semoga segala amalan ramadhan diberkati.. bila time raye je.mesti org suke balik kg n malas da nk balik keje.. tp walau apa yang berlaku, perjuangan mencari rezki halal mesti diteruskan..


p/s : pada yg wat Open House tu jemput2 la yer.. akan dihadiri..insyaALlah ;-D

Tuesday, June 15, 2010

rAsAkan nYa..

tetiba hari 2-3 hari ni peringatan MATI hadir dalam fikiran aku..maksudku, bukan sebelum ni xpernah terfikir, tapi yang nyata 2-3 hari ni amat ketara.. seolah2 ianya 1 PERINGATAN.. apakah sudah hampir masanya??? adakah aku bersedia untuknya??? Ya Allah sekiranya hampir sampai waktu itu, ampunkanlah segala dosaku, dosa kecil dan besarku, dosa nyata mahupun dosa yang tersembunyi...aku amat mengharapkan kepada semua yang pernah aku sakiti hatinya mengampunkan aku, dari awal perkenalan hingga ke akhir hayatku..
Berbagai2 persoalan bermain di fikiran... takutnya aku pada kematian.. takut akan sakitnya, takut akan azabnya, takut akan kegelapannya, aku takut pada azabMU YA ALLAH... aku amat pohonkan RahmatMu...

seandainya masa utk ku benar2 sampai..aku harap pada semua sahabat seIslam meneruskan perjuangan untuk Allah semata2. semoga setiap amalan baik kita, jihad kita diterima Allah yang Esa.. ameen...

Wednesday, May 19, 2010

JANGAN HAMPIRI ZINA

Firman Allah :

“janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

Pesanan Rasulullah SAW :

“ janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya dalah syaitan” (Riwayat Tabrani)

Alangkah jelasnya sabda Rasulullah SAW :

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” ( Riwayat HR Muslim dan Abu Daud)

“ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”(Riwayat Ibn Majah)

Firman Allah :

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menhampirinya) maka akan jadilah kamu orang-orang yang zalim. ( al-A’araf : 19)

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (al –Nur : 3)

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ( al-Ahzab : 35)

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab : 36)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Al-A’raaf : 200 )

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. ( Al-Nur : 30 )

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( al-Nur : 31)

Berpeganglah pada janji Allah :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )

JALAN MENUJU KE ARAH ZINA, MAKSIAT DAN DOSA

1) Ber’couple’. Ingat,cinta yang diredhai Allah hanyalah cinta selepas nikah.

2) Sms dan bergayut di telefon antara ajnabi (bukan mahram) tanpa sesuatu urusan yang mustahak. Sampai bila boleh jamin hati suci tanpa maksiat??

3) Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Pergi tengok wayang, pergi karaoke dengan lelaki dan perempuan. Walaupun ramai, ia tetap pergaulan bebas.

4) Memandang ajnabi secara sengaja, berjumpa, keluar makan. Mula-mula kawan, lama-lama,jadi ‘couple’ dah. Bila dah ‘couple’, mula la nak keluar malam-malam, siang ramai orang, nak jumpa kat tempat ‘privacy’ konon. Lama-lama, jadilah benda yang tidak diingini spt bersentuhan,makin dekat n then, hanyut sama-sama.

“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..”

sumber : http://wana93.wordpress.com/2009/11/13/cinta-remaja/

Islam takde ke couple-couple ni?

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Adakah perbezaan antara sahabat dan kekasih?
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.

sumber : drdakwahremaja..