Wednesday, November 30, 2011

KerAna Doa itu..


seharusnya saya lah hamba Allah yang patut sangat2 bersyukur.. kerana saya adalah salah seorang hamba yang Allah pelihara. and i trust on my doa. hanya Allah yang maha memahami. kerana doa saya jadi cekal. mujahadah itu sangat lah berat dan pahit. tapi hasil dari mujahadah itu sangatlah indah..
sering terdetik di hati untuk melakukan perkara2 keburukan, namun Allah sukarkan dan sering juga saya menolak untuk kebaikan, tapi Allah permudahkan.. doa saya "semoga Allah permudahkan segala urusan kebaikan dunia akhirat".. tapi tak pernah pulak saya doa untuk keburukan.. So nak tak nak.. memang Allah mudahkan untuk kebaikan. kerana doa itu, saya sangat bersyukur, ketika saya leka dan lalai, Allah beri saya peringatan, ketika saya malas, lesu dan lemah, Allah tunjukkan jalan kemudahan, ketika saya buntu, Allah rungkaikan kekusutan itu.. SubhanaLlah.. Allah memang Maha berkuasa atas sesuatu..
saya sangat yakin dengan doa kepada Allah, no need to tell the world what you need, what you feel, or what's going on? just raise your hand, ask Allah, seek Allah, and appeal what you need to Allah.. because HE knows everything, tapi Allah inginkan hambanya untuk merayu hanya padanya.. put your trust to Allah, wherever you go, whatever you want... carilah Allah...

WalLahua'lam

Saturday, November 26, 2011

serabut ar.

a bit stress when people start 'sebok' dalam hidup saya.suka benar tanya 'bila nak kawen?" "you dah ada boyfren ke??" "umo you skrg bape? nape tak kawen lagi??"... hurmmm... nampak desperate sangat saya ni untuk kawen???? bab2 kahwin ni kan kerja Allah.. saya bukannya tak usaha.. tapi jangan la stresskan saya.. saya memang ramai kawan lelaki, tapi tak semestinya kawan saya tu 'bakal suami saya'... pantang kata nak jumpa kawan2 lelaki.. you all terus sebok "hai, jumpa boyfren ke?"... "apa nak tunggu lagi kawen je la ngn dia"... hurmm hape you all ingat kahwin tu senang ke? there's lot of thing to think before and after kawen..

deep in my heart bukan saya kata saya tanak kawen tapi biarlah sampai masa yang betul2 Allah janjikan.. main senang2 je nak suh kawen... what happen if kawen tu datangkan mudarat??? bukan you all yang boleh tolong...

please laaa... stop pressuring me..(w'pun saya senyum je bila u all tny mcm2 tp sy stress tau)... sampai ada yang buat fitnah kata saya dah tunang, kata saya jual mahal, kata saya sombong, saya tak laku n so on....watever la you all nak kate.. yang penting saya yang berusaha. saya yang perlu menanggung risiko. dan Allah yang maha memberi atau menarik balik hak Dia...terang2 saya kata pada semua "bukan Saya tanak Kawen"... tapi Allah maha menentukan bila masa untuk saya..


"Ya Allah peliharalah kami dari menjadi fitnah duniaMu ini..dan bantulah kami dalam menempuh cabaran Mu.. sesungguhnya Engkau yang maha menguji dan memberi ganjaran pada kami hambaMu... "

Friday, November 25, 2011

I'll be missing you.. Mira..


it's really touch my heart.. mata da ngantuk tapi tak boleh nak lelap.. teringat pada sahabat yang memang sangat saya sayangi.. Norhamira Mohamad.. there's nothing i can tell her. hampir 5 tahun kami kenal, and now she'll be going.. to be with her husband yang akan bertugas di Kuala Terengganu. how sad I am :(( .. sedih sangat, bila mengimbau kenangan kami bersama. susah senang kami kongsi bersama.. mira is one of my best friend..
4 tahun (dkt2 5thn dah) yang lalu, kami berkenalan 'dengan lagak aku berlakon sebagai budak penang (actually sb muka aku cam org penang, so menyamar laaa :p) that's the first day, then we all sama2 kerja, (OT sampai 4-5 pagi berdua je) makan, lepak, jalan2, gaduh, merajuk n everything.. kami banyak berkongsi, family matter, friends, and yg paling best we all sama2 suka masak. kalau masak kami berdua memang sebok.. huhu.. (nasik kerabu and pad phik kita)
Mira, such a great lady, banyak mengalah (xmcm sy.. asyik nak menang je)..huhu..
hati saya sedang menangis sebenarnya.. sedih sangat (tp sb ego, sy tanak tunjuk sy sedih.hukhuk) .. when i love my friends liLlahi Ta'ala, i'll love them forever, and i've never forget to pray for all of my friend.. May Allah alway be with us.. kalo kasih sayang kerana Allah, inshaAllah akan diberkati.
saya doakan Mira and husband bahagia dan cepat2 dpt baby.. semoga Allah terus kekalkan silaturRahim antara kami.. saya sangat sayangkan sahabat saya.. Norhamira Mohamad..


LOsT

Actually nothing to write.. all the way back from liqa’ i’m thinking nothing.. just drive follow the way.. and i don’t know what’s going on me lately.. ‘___’ Ya Allah...

“Ya Allah jangan bebankan kami dengan bebanan yang berat sepertimana yang pernah Engkau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami, dan jangan lah bebankan kami yang tidak kami termampu.. ampunkanlah dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang2 yang menzalimi diri sendiri. Wahai Allah yang maha penyayang, kasihanilah kami, sayangilah kami, bantulah kami, rahmatilah kami, pandanglah kami, lindungilah kami, peliharalah kami dari kemungkaran Ya Allah.. Tiada apa yang kami mampu untukMu, kami milikMu Ya Allah.. redhailah kami dunia akhirat Ya Allah.. Engkau yang menciptakan kami, Engkau yang memiliki hati kami, Engkau yang Maha membolak balikkan hati-hati kami.. Tetapkanlah kami pada agamaMu Ya Allah.. Hidupkan kami dengan Iman,matikan kami dengan Iman, matikan kami dengan Husnul Khatimah dan bukannya Suul Khatimah. Berkatilah kami, ampunkan kami, sejahterakan kami dunia akhirat Ya Allah....” amen..

Saturday, November 19, 2011

MoRNiM

In The Name Of Allah.. The Most Gracious Most Merciful..

AlhamduliLlah.. pg ni bangun dengan senyuman.. ^_^

May Allah help my brother 'syakirin utk jwb MUET dgn cemerlang. hope he do it very well. n pagi2 ni saya doakan semoga semua orang yang pernah saya kenali, yang saya pernah sayang, yang pernah menyayangi saya, dan semua kaum muslimin muslimat diberkati dan di rahmati Allah sepanjang masa dunia dan akhirat..

setiap hari minggu je i'll think what to do n where to go? huhuhu... teringin utk keluar bermain n enjoy bersama kanak2 yang berusia 7 tahun ke bawah.. how cute they are.. SubhanaLlah...

lalalalala


Thursday, November 17, 2011

"KILL YOUR DARLING"


Then, lepas baca Quran tu, ina baca plak buku yang baru beli, tajuknya "DI MANA DIA DI HATIKU" tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi.. sangat menarik beberapa paragraph di bawah tajuk "KILL YOUR DARLING" ... get ready to touch your heart..


...... kita perlukan orang lain untuk menyunting tulisan kita. dan pada ketika itu sahaja frasa 'kesayangan' kita dipotong atau diperbaiki. kill your darling, itu istilah yang selalu digunakan dalam bidang penulisan. hasilnya, hasil tulisan kita akan menjadi lebih baik, bernas dan tepat.

Teman, kekadang kehidupan seperti itu juga. Sentiasa ada individu, sikap, pendirian atau pandangan hidup yang kita anggap benar tapi hakikatnya tidak. Walaupun kita cuba bermuhasabah, ia tidak akan kelihatan juga kerana sudah terlalu dekat dengan diri kita.

Cuba dekatkan sedekat-dekatnya tapak tangan kita ke mata sendiri. Semakin dekat, semakin kecil radius penglihatan kita dan ia menjadi semakin kabur. Maka begitulah sikap, pandangan dan individu yang telalul hampir dengan kita. kekadang sudah terlalu hampir hingga kita menjadi 'buta' untuk melihatnya.

Boleh jadi dia seorang teman yang rapat. tetapi hakikatnya, dia adalah musuhmu yang ketat. Tetapi oleh kerana terlalu sayang, onarnya kabur di mata kita. Mungkin kerana pandainya dia melayani perasaan dan impian kita, lalu kita letakkan seluruh kepercayaan, padahal dia sedang bersiap sedia mengkhianati kita.

Mungkin ia sebuah buku yang kita kelek ke sana ke mari. kita baca berulang kali,, lalu pengarangnya kita sanjung dan junjung. namun hakikatnya, buku itu jauh daripada hidayah, tersasar daripada taufik Allah. Sedangkan bertahun-tahun kita sudah berhujah, membuat keputusan dan bertindak atas suluhan buku yang kabur itu.

...............

Boleh jadi ia satu amalan yang kita anggap sangat menyelamatkan. Mungkin juga satu gelar kesolehan 'status ibadat' atau status sosoal yang begitu mententeramkan, melegakan, namun tanpa disedari itulan terowong bagi ujub, riak dan sum'ah mencelah. Rasa baik, tenteram dan aman yang 'dihadiahkan' oleh amal dan gelar itu rupa-rupanya membawa kita ke daerah 'rasa yang tidak berdosa atau kurang berdosa' - satu jurang yang paling ditakuti oelh para solihin dan mukminin.

Cari-carilah di mana kecintaanmu yang mungkin membutakan mata hatimu. Belajarlah daripada kisah nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan menyembelih kecintaanya Nabi Ismail a.s - seorang anak yang soleh, taat dan setia manakan mungkin menjadi hijab cintanya kepada yang Esa? Namun Allah menguji Nabi Ibrahim a.s, agar mengutamakan cinta Allah dapripada yang lain,. Siapa sangka Ibrahim yang pernah tega ‘menyembelih’ kebencian pada wajah ratusan berhala, kemudian diperintahkan menyembelih ‘kecintaan’ di wajah anaknya sendiri.

Teman, aku seperti kamu. Kerap dibutakan oleh cinta. Siapakan ‘Ismail-Ismail’ dalam hidup kita? Carilah semua itu disebalik pendirian, prinsip, gelaran, jwatan, amal, isteri, teman dan segala yang menjadi kesayanganmu. ‘Sunting’ tulisan hidupmu dengan imbasan dan suluhan doa. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita panduan dan keberanian untuk jadi seperti Ibrahim a.s. Kill your darling dalam kehidupan.

Sering kita alpa, bahawa yang paling kita cinta itulah yang kerap menjadi hijab untuk mendapat cinta. Bukan untuk menimbulkan dikotomi (pertentangan apalagi dilemma) antara cinta manusia dengan cinta Allah. .. tetapi selalunya begitulah kita teruji. Lepaskanlah cinta yang kecil untuk mendapat cinta yang lebih besar. Apabila kita mendapat cinta yang besar, cinta yang kecil akan menyerah dengan rela.

Apakah Nabi Ibrahim a.s kehilangan Ismail yang rela dikorbankannya? Tidak, bila dia ‘melepaskan’ Ismail, Ismail kekal menjadi anak yang dicintainya. Malah, dia dikurniakan seekor kibasy yang gemuk sebagai hadiah dan barakah kesediannya mengorbankan Ismail a.s. Allah mengajar kita supaya kill your darling bukan untuk mendera, tetapi begitulah yang dinamakan cinta.. sentiasa menagih ujian.

Selepas diuji, layaklah seorang hamba mendapay cinta (manusia) dan cinta Allah kerana Berjaya ‘mengorbankan’ cinta yang kecil demi cinta yang besar! Katakan tidak pada keakuanmu. Katakan kepada keegoanmu, kau bukan aku!

WaLlahua’lam....

kecewa

disaat diri dilanda kecewa.. ku buka Quran dgn niat nak tgk apa yang Allah nak sampaikan sebenarnya

"Dan Dia telah berikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan kamu menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" Ibrahim : 34

pengajaran dari ayat tersebut..
1- actually Allah memberi apa yang aku minta
2- dan Allah tambahkan lagi nikmat utk kebaikan
3- hanya aku yang sentiasa lupa, tak pernah cukup dgn apa yang ada.
4- Allah telah berikan segalanya... kenapa perlu kecewa sedangkan Allah sentiasa ada untuk membantu...

subhanaLlah.


Saturday, November 12, 2011

rindu...

MISS U...