Thursday, January 12, 2012

Hadis 19

Pegi liqa td actually sy tak prepare untuk tazkirah.. tahu diri ini kena bg tazkirah, tapi tak sempat nak prepare. Terfikir untuk cari info dlm kitab Tahbihul Ghafilin, tapi tak jumpa kt mane kitab tu.. so, sy lupakan kitab tu, saya bawak je buku Hadis 40. Sedihnya kami 3 orang sahaja yang berliqa mlm ni, sorang bersalin, sorang MC kena chicken pox and 2 orang lg sahabat tak tahu status. Dah contact tak jawab, dah sms pun tak reply.

So, kami teruskan liqa. Tilawah & tadabbur. Then saya mulakan tazkirah. Saya pilih Hadis ke 19 sebagai perkongsian malam ni.

Terjemahan Hadis 19

Daripada Abu Al-Abbas Abdullah Bin Abbas r.a, beliau berkata: "Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasullah s.a.w, lalu baginda bersabda : "Wahai anak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah ! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atas kamu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah ke atasmu. Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran

Keterangan hadis;

1- Peliharalah Allah dan Mintalah KepadaNya.

- Iaitu memelihara hukumNya, HakNya, PerintahNya, laranganNya dengan mengerjakan dan meninggalkan sesuai dengan ketetapan syari’at Islam.

- Allah akan memelihara seseorang dalam urusan kehidupannya (diri, keluarga dan harta)

- Surah Al-Ra’d ayat 11 “ Baginya ada penjaga yang bergilir-gilir dihadapannya dan dibelakangnya yang menjaga dengan perintah Allah”

- Allah akan pelihara agama dan imannya dari dinodai dan dikotori oleh segala yang haram hingga je akhir hayatnya.

2- Mintalah kepada Allah.

- Meminta atau memohon kepada Allah adalah doa, sedang adalah ibadat dan senjata kepada mukmin.

- Berdoa dan meminta hendaklah kepada Allah untuk segala apa yang diinginkan

- Imam Nawawi dalam keterangannya menjelaskan, bahawa seorang tidaklah harus mempercayakan rahsianya kepada yang lain dari Allah. Sebaliknya hendaklah bertwakkal kepada Allah dalam segala urusan.

3- Tidak ada Orang yang dapat memberikan mudarat dan manfaat.

- Sebarang kebaikan atau manfaat tidak akan dapat selain dari kehendak Allah walaupun telah sedaya upaya berusaha. Namun Allah maha menentukan manfaat untuk hambaNya.

- Segala mudharat atau keburukan juga datangnya dari Allah. Tidak ada kuasa lain selain Allah yang mampu mendatangkan mudharat pada manusia sekeliling.

4- Kenallah Allah pada waktu lapang

- Kenalilah Allah dalam susah atau senang.

- Setiap kepayahan akan ada kesukaran. Dan setiap kepayahan akan ada kesenangan. Dan itu adalah firman Allah dalam surah, Al- Insyirah ayat 5-6

Jaga lah Allah, Allah akan menjagamu.. wallahua’lam.

Saturday, January 7, 2012

bersedih


first information I was ok, I thought it just a joke.. but from rumors it's like true,
Then now, I realize that its can't be.. hurrmm.. sangat sedih.