Tuesday, September 13, 2011

Huraian Al-Fatihah yang menyentuh Qalbu

1- Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2- Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

= Allah Rabbul A'lamin..pentadbir alam merangkumi segala yg ada dilangit, n daratan, angkasa seluruhnya...
pembuktian dengan adanya siang dan malam yang berganti2.. tiada siapa yang Maha mentadbir selain Allah.. maka, Dia lah yang selayaknya
menerima pujian.
= kita perlu mengenal Allah, bila kenal Allah akan dtg rase cinta, takut n mngharap pd Allah
= kenal melalui 2 ayat (ayat Al-Quran) baca kitab, tadabbur (memahami maksud ayat2 al-Quran), dan cube belajar
bhs Arab, utk faham Al-Quran.
= Ayat Allah yg diluar.. iaitu penghayatan kita terhadap segala apa yg ada pada alam semesta.
cthnya Allah bg ulat dlm batu mkn.. kejadian siang malam dan lain2.


3- Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
= Ar-Rahman, Ar-Rahim... Maha sayang lagi menyanyangi.. Maha luas kasih sayangNya.. tidak sikit pun nikmat ini terabai..

4- Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
= mengiktiraf Allah Malik... maha memiliki hari kiamat (qiaumiddin)
hidup kita bkn dunia shj..semua akn dperhitungkan pada hari yang telah dijanjikan.

5- Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
= lps mengaku/ikrar.. kita akn tahu, hidup kita sbnrnya utk mnyembah Allah.. abdikn diri pd Allah.. Tidak Aku ciptakan
manusia n jin melainkan utk beribadat pada KU..
=Org menyembah selain Allah akan menemui kegagalan, krn penciptaan manusia adalah utk menyembah Allah
(sesungguhnya, solatku, ibadatku, kehidupanku, dan kematianku adalah kerana Allah)

6- Tunjukilah kami jalan yang lurus.
= dpt lihat camane adab berdoa 1- puji Allah 2- membersarkan keangungan Allah, then baru boleh meminta
= sesiapa berpegang pada tali Allah dia lah yang paling beruntung.
= banyak jalan yg ada dimuka bumi ni. tp jalan Allah adalah jalan yang terbaik.

7- Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
= maknanya kita benar2 berharap untuk mendapat kerdhaan Allah.. dan bukan kemurkaan Allah..


waLlahu'alam

Saya dah ada Kakak Ipar..

pada July lalu AlhamduliLlah abang saya telah selamat diijabkabul dengan kakak ipar sy..
nasruddin n hanita.. May Allah Bless them n guide them to the best journey...
saya plak bila lagik yer?? hehe.. inshaAllah dengan doa dan restu akan ada rezki dr Yang Maha Esa.. ^_^

* let's take a look sikit2 pict yg ada..



ameenkan doa solat hajat.. thanks Mama




pasangan di bilik yg kami hias serba ringkas. ;p



welcome my sis in law..



my youngest sister smpt touch up mama ;p



just simple.. tp boleh tahan laa.. ;p



next inshaAllah will be my ceremony.. please pray for me ya.. heheehe ^-^v

back again..

hehe, let's start with BismiLlah n smile.. :-)
lama sungguh tidak menghupdate. kehidupan skrg sangatlah sibuk.
dan sangat kesuntukan access. so, coretan, hasil fikiran susah utk dipaparkan. dan kadang2 smp jd lupa untuk menyampai. btw sgt berharap untuk sentiasa menghupdate input2 yang menarik. ;-)

Wednesday, September 7, 2011

10 Tanda Jodoh.. waLlahua'lam..

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Saturday, January 8, 2011

NoThIng

huk huk huk
kadang2 kita rasa sesuatu yang kita suka adalah baik
tetapi pada Allah kadang2 yang kita tak suka adalah lebih baik untuk kita
since kita da berusaha utk yang terbaik, tetapi Allah kata itu bukan yang terbaik untuk kita, so
kita kena redha kan??
rasa perit, terkejut, sedih, untuk berhijrah
apa yang diharap, dengan berhijrah ni akan lebih baik.
tetiba terasa berterima kasih pada insan yang sudi menemani kesedihan..
tetapi selagi tidak ku mengadu pada yang Esa,
hati masih gundah.. masih gelisah..

Hanya Allah yang menentukan segalanya
apa yang kita nak, semua kita boleh mintak, tetapi belum tentu dapat
belum tentu yang kita nak tu yang terbaik..


semoga Allah anugerahkan kita yang terbaik..