Wednesday, October 14, 2009

ANAK IBLIS TOLONG ORANG TUA KAT MASJID

"Menjelang Maghrib, seorang saudara tua terbongkok2 dgn tongkatnya menuju ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh tetapi sempat dikawal menggunakan tongkatnya. Berhampiran di pintu masjid, saudara tua tersebut tersadung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke depan.'Untunglah' seorang pemuda yang kebetulan berada di situ sempat memegang bahu saudara tua tersebut sehingga dia tidak jatuh. Kemudiannya, pemuda tersebut menuntun saudara tersebut sampai ke pintu masjid. Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah. Dilihatnya pemuda tersebut duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2 pun. "Wahai pemuda, kamu sudah membantuku menuju ke masjid, tetapi mengapa kamu sendiri tidak solat?" tanya lelaki tua sambil menghampiri pemuda itu. "saya tidak mungkin solat pakcik... saya anak iblis.." Lelaki tua tersebut terperanjat, tetapi dia masih mencuba bertanya, " kalau kamu anak iblis, kenapa kamu berusaha menolongku ketika aku hampir jatuh?". "Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sgt marah kerana setiap kali kamu terhuyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran. Ketika kamu hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali, sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid"...

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Saturday, October 10, 2009

Lelaki

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak".Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.ish ish ish..
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

WANITA SEJATI

1-Wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi kecantikan hati yang ada dibaliknya.
2-Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.
3-Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyak kebaikan yang diberinya, tetapi keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
4-Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah bunyi suaranya, tetapi dari apa yang sering dibicarakan oleh mulutnya.
5-Wanita sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat bagaimana caranya berbicara.
6-Wanita sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi dilihat sejauh mana dia berani memperteguhkan kehormatannya.
7-Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia alami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan syukur.
8-Wanita sejati bukanlah dilihat dari sifat mudahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul.
9-Wanita sejati bukanlah dilihat dari kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat dari kekhuatiran orang jadi tergoda.

Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim..semoga kami tergolong dalam golongan wanita2 sejati dan terpelihara dari melakukan kemurkaanMU...ameen...

Friday, October 9, 2009

Tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam tak tepat

KOTA BHARU: Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam. Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Paimuzi Yahya, berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar seperti disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai saja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersolat.
“Untuk tujuan itulah Ilim diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya,” katanya selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di sini, semalam. Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK); Jabatan Mufti Kelantan (JMK); Jabatan Agama Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheiak); dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan. Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat. - Bernama

Tuesday, October 6, 2009

THE PROSTRATION (SUJUD)

Surah ni terlalu banyak pengajaran..hayati la bersama..

Friday, October 2, 2009

JAMUAN RAYA

Hari ni 02 okt..we all staff Geoinfo Services snd bhd..dgn kerjasama bosses telah mengadakan majlis jamuan hari raya selepas ofis hour..meriah..sambil tu kitorg raikan befday kak liza (finance exec) and nik mawardi sempena confirmation.. makanan sume sponsored by.
memang meriah sampa camera yg aku pegang pn xsempat nk diclick. nasib baik ade en.harris yg pakar dalam meng'snap' gambar..seronok tu xterkata. tambah lagi majoriti pakai baju raya..memang meriah abis..hehehe. ada niat hati nk upload gambar dr en.harris tp xdpt lg..so kt cni ade la sket2 gambar gadis2 glamour.hehehe. so nantikan cerita raya seterusnya sebab esok lusa byk open house nk kena pegi.. adios..