Thursday, September 29, 2011

NUMB!!

KALO TGH STRESS, NAK NYANYI LAGU NI BOLEH KAN?? HUHU..

I’m tired of being what you want me to be
Feeling so faithless lost under the surface
Don’t know what you’re expecting of me
Put under the pressure of walking in your shoes
(Caught in the undertow just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you
(Caught in the undertow just caught in the undertow)
[Chorus]
I’ve become so numb I can’t feel you there
Become so tired so much more aware
I’m becoming this all I want to do
Is be more like me and be less like you
Can’t you see that you’re smothering me
Holding too tightly afraid to lose control
Cause everything that you thought I would be
Has fallen apart right in front of you
(Caught in the undertow just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you
(Caught in the undertow just caught in the undertow)
And every second I waste is more than I can take
[Chorus]
I’ve become so numb I can’t feel you there
Become so tired so much more aware
I’m becoming this all I want to do
Is be more like me and be less like you
And I know
I may end up failing too
But I know
You were just like me with someone disappointed in you
[Chorus]
I’ve become so numb I can’t feel you there
Become so tired so much more aware
I’m becoming this all I want to do
Is be more like me and be less like you
[Chorus]
I’ve become so numb I can’t feel you there
I’m tired of being what you want me to be
I’ve become so numb I can’t feel you there
I’m tired of being what you want me to be

Istimewanya Tahajjud??

tajuk muqaddimah TV9 pagi ni.. 'Kenapa istimewanya Tahajjud??' hukhuk.. nak nangis rasa sebab Allah mmg bagi yg terbaik. bukan apa ina da miss tahajjud utk 2-3hari semata2 sebab malas.. Ya Allah betapa Engkau maha pemurah menjadikan hati ini sgt bersalah kerana tidak cuba utk dekat dgn Allah sedangkan Allah turun setiap malam utk doa2 dan keinginan hambanya.. rasa terkilan sgt.. hukhukhuk

Tuesday, September 27, 2011

saya sedih ni..

hurmmm.. bole x sy nk complaint je kt sini.. huhu.. xtually skg masih ofis hour tapi sb sy sgt stress sy tak boleh nk luah kt sesape dah.. sy sebenarnya sgt terkilan sebab sy kena marah.. kenapa sy sorang je kena marah sedangkan kerja tu kami buat sama2. tak faham la saya.. selalu sy yang kena, mentang2 la sy ni terima je apa2 yg orang kate, sume boleh hambur la kt saya.. hukhukhuk.. sy sedih sgt. tak tahu laa.. macam2 tugas sy kena buat, dah kerja banyak please jangan la harap sy boleh settlekan dalam 1 masa. sume kerja2 tu baru sgt dgn sy dan sy xsuka pun kerja camni xtually. tapi dalam xsuka pun sy cuba jugak utk suka dan buat apa yang termampu, when its come out of my capability sy tetap cuba kan?, tp jangan la salahkan sy kalau sy xmampu, sebab sy dah gtau awl2 bukan senang utk sy buat semua skali gus. hukhukhuk. Ya Allah, panjang la pulak komplen.. tapi i have no choice. please Ya Allah pleeeaaassseeee... i don't know what to do.. hurmm :-((

Monday, September 26, 2011

ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!

hurm..

just a simple thing about my heart. actualy still xfaham ngn hati sendiri, tak tahu kenapa 'dia' masih lg berlegar2 difikiran sy.. hurm. 2-3 menjak ni mcm makin kuat plak.. tapi kenapa 'dia'?? hurm. what to do ya? still don't understand..

Friday, September 23, 2011

HEHE

ehe... =D mencuri waktu. hari ni all HOD meeting. and ramai staf yg tiada di pejabat.. sunyi sepi ofis hr ni.. tapi keja betimbun nk siapkan ni. gaji, report audit, work envi, etc.. macam2 laa.. hukhuk.. owh Ya Allah please help me...

Tuesday, September 20, 2011

Saya ke yg tak FAHAM...

hurmmm... kadang2 nak jugak mengeluh.. *xtualy almost everytime.. tapi dlm hati je. huhu..
kadang2 org wat salah kt saya.. sy diamkan je, senyum aje tapi bila sekali sy wat silap orang ungkit tiap2 hari.. TIAP2 HARI ok.. aduyai.. sy pun tak faham kdg2 kenapa jadi camtu. pastu kalo salah saya.. sume org kena tahu sy wat salah, hurmm.. apa kebaikan mendedahkan aib orang. kdg2 org xsedar kot teguran boleh menjatuhkan air muka seseorang.. hurm.. entahlah YA ALLAH, saya tak faham.. ampunilah hamba Mu ni YA ALLAH.. sesungguhnya kami tidak akan sempurna.. please guide me YA ALLAH.. coz i'm really need YOU now & forever..

Tuesday, September 13, 2011

Huraian Al-Fatihah yang menyentuh Qalbu

1- Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2- Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

= Allah Rabbul A'lamin..pentadbir alam merangkumi segala yg ada dilangit, n daratan, angkasa seluruhnya...
pembuktian dengan adanya siang dan malam yang berganti2.. tiada siapa yang Maha mentadbir selain Allah.. maka, Dia lah yang selayaknya
menerima pujian.
= kita perlu mengenal Allah, bila kenal Allah akan dtg rase cinta, takut n mngharap pd Allah
= kenal melalui 2 ayat (ayat Al-Quran) baca kitab, tadabbur (memahami maksud ayat2 al-Quran), dan cube belajar
bhs Arab, utk faham Al-Quran.
= Ayat Allah yg diluar.. iaitu penghayatan kita terhadap segala apa yg ada pada alam semesta.
cthnya Allah bg ulat dlm batu mkn.. kejadian siang malam dan lain2.


3- Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
= Ar-Rahman, Ar-Rahim... Maha sayang lagi menyanyangi.. Maha luas kasih sayangNya.. tidak sikit pun nikmat ini terabai..

4- Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
= mengiktiraf Allah Malik... maha memiliki hari kiamat (qiaumiddin)
hidup kita bkn dunia shj..semua akn dperhitungkan pada hari yang telah dijanjikan.

5- Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
= lps mengaku/ikrar.. kita akn tahu, hidup kita sbnrnya utk mnyembah Allah.. abdikn diri pd Allah.. Tidak Aku ciptakan
manusia n jin melainkan utk beribadat pada KU..
=Org menyembah selain Allah akan menemui kegagalan, krn penciptaan manusia adalah utk menyembah Allah
(sesungguhnya, solatku, ibadatku, kehidupanku, dan kematianku adalah kerana Allah)

6- Tunjukilah kami jalan yang lurus.
= dpt lihat camane adab berdoa 1- puji Allah 2- membersarkan keangungan Allah, then baru boleh meminta
= sesiapa berpegang pada tali Allah dia lah yang paling beruntung.
= banyak jalan yg ada dimuka bumi ni. tp jalan Allah adalah jalan yang terbaik.

7- Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
= maknanya kita benar2 berharap untuk mendapat kerdhaan Allah.. dan bukan kemurkaan Allah..


waLlahu'alam

Saya dah ada Kakak Ipar..

pada July lalu AlhamduliLlah abang saya telah selamat diijabkabul dengan kakak ipar sy..
nasruddin n hanita.. May Allah Bless them n guide them to the best journey...
saya plak bila lagik yer?? hehe.. inshaAllah dengan doa dan restu akan ada rezki dr Yang Maha Esa.. ^_^

* let's take a look sikit2 pict yg ada..



ameenkan doa solat hajat.. thanks Mama




pasangan di bilik yg kami hias serba ringkas. ;p



welcome my sis in law..



my youngest sister smpt touch up mama ;p



just simple.. tp boleh tahan laa.. ;p



next inshaAllah will be my ceremony.. please pray for me ya.. heheehe ^-^v

back again..

hehe, let's start with BismiLlah n smile.. :-)
lama sungguh tidak menghupdate. kehidupan skrg sangatlah sibuk.
dan sangat kesuntukan access. so, coretan, hasil fikiran susah utk dipaparkan. dan kadang2 smp jd lupa untuk menyampai. btw sgt berharap untuk sentiasa menghupdate input2 yang menarik. ;-)

Wednesday, September 7, 2011

10 Tanda Jodoh.. waLlahua'lam..

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.