..cerita dari hati..tentang hati..bila hati bicara..cahaya hati..buah hati..segalanya tentang hati..kerana HATI MENJELASKAN SEGALANYA..
Monday, October 25, 2010
SURAH AN-NAS
Surah an-Nas merupakan antara ayat quran yg lazim membasahi bibir pemuda muslim. Ayatnya pendek, ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.
1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.
Allah memulakan surah ini dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya, Tuhan yang memelihara, membimbing dan menjaga. Al-Rabb dalam surah ini membawa maksud yg luas termasuk yang mengarah, menjaga, membimbing, memelihara dan melindung. Dengan kefahaman ini, membolehkan kita merasakan betapa dekatnya Allah dengan kita, Tuhan yang mengenali diri anda lebih daripada anda mengenali diri sendiri. Pengakuan Allah selaku raja dan sembahan manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaanNya yang mempu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan harapan oleh Allah yang rahmatnya tiada terbatas.
4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
Bahagian kedua surah ini pula menceritakan hakikat syaitan, musuh kita yang lemah pada azalinya, namun jauh lebih kuat daripada hati-hati manusia yg tidak mengenal “Rabb”nya. Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan, melainkan membisikkan kalimah2 busuk serta melemparkan hasutan2 berbau kejahatan pada hati manusia yg mudah alpa. Manusia sendiri yang seterusnya terpengaruh lalu melakukan kerosakan pada dunia dengan tangan mereka masing-masing. Syaitan juga punya perangai si penakut. Dia hanya muncul dalam hati kepunyaan mereka yg tidak teguh imannya, yg merasa lazat dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan. Hari di mana tiada ibu yang sanggup melindungi walau anak yang baru dilahirkannya.
6. dari (golongan) jin dan manusia.
Seterusnya, Allah mengingatkan kita, tidak syaitan bukan hanya golongan jin tapi ada juga syaitan dari kalangan manusia. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah yang tidak pernah kenyang memamah daging saudara sendiri serta mereka yang tenggelam dalam nafsu serakah.
Allahu'alam
Thursday, October 21, 2010
Bila Bala Allah akan datang???
Apabila berlakunya 15 perkara, maka akan datang bala Allah kepada umat manusia:
1--Harta sesebuah negeri beredar kepada orang2 tertentu shj (kapitalis)
2--Amanah dijadikan sumber keuntungan (cth: hrta anak yatim)
3--Zakat dijadikan hutang (tak rasa dosa tak bayar zakat)
4--Bila suami perturutkan kehendak isteri dalam perkara yang dilarang Allah (cth:bj tidak menutup aurat @ keinginan ke tempat tidak baik)
5--anak derhaka pada ibu (secara langsung/tidak langsung)
6--lebih rapat ngn kawan (tidak lg dgr nasihat ibubapa) pakej
7- -hilang mesra dgn ayahnya
8- -suara2 ditinggikan dalam masjid (bercakap perkara kosong)
9- -muzik melalaikan tersebar di merata2
10-sutera dipakai oleh lelaki di merata2
11-penghibur (artis2) disanjung2.
12-Org paling hina dijadikan ketua
13-Peminum arak merata2
14-Generasi akhir melaknat kaum2 terdahulu
15-Seseorang yang hina dimuliakan.
Alllahu'alam
Tuesday, October 12, 2010
Golongan Yang Bakal Menjadi Penghuni Neraka
Monday, October 4, 2010
Perempuan Perlu Tahu Yang Lelaki :
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
- Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukan sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Lelaki perlu tahu yang perempuan
- Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
- Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
- Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
- Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
- Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
- Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
- Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
- Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
- Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
- Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Saturday, October 2, 2010
Eid Mubarak GeoInfo
okay..now time to out..g solat n shopin dlu..daaaa...