Thursday, September 3, 2009

WARKAH UNTUK HAWA

WARKAH UNTUK HAWA

Hawa…
Andai engkau masih remaja jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami jadilah engkau isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu hingga dia tidak gentar memperjuangkan
Ad-Din Allah

Hawa…
Andai engkau belum berkahwin janganlah engkau risau jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman, maka akan tercetusnya salam dan sekali gus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu, Hawa…
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta dari kedua ibubapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
Cukuplah sekadar adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…
Cintailah Allah dikala susah dan senang, kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu, kerana engkau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu, kerana engkau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga menggoncang iman lelaki…

1 comment: