Tuesday, December 14, 2010

SEKETUL DAGING BERNAMA HATI

Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak, dan kotor maka rosaklah seluruh anggota badannya.. dan seketul daging itu adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Tip2 menjaga hati

1-Sentiasa bersangka baik- elakkan dari bersikap bangga diri, bongkak atau sombong.

Buang segala sikap hasad dengki- jauhi diri dari bersikap dengki sesama manusia.

3-Senyumlah- senyumlah pada dunia agar dunia turut sama tersenyum pada kamu. Tapi jangan menyalahguna senyummu untuk tujuan maksiat. Senyum juga membuatkan kamu awet muda dan ceria.

4-Gemar hadiri majlis ilmu- sesiapa yang menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah dan dinaungi malaikat setiap masa.

5-Hiasilah dengan sifat dan sikap yang ikhlas- ikhlaskan hati dalam beribadat, dan kebajikan kerana Allah. Jauhi diri dari mendamba pujian atau kemasyuran manusia dengan memastikan niat adalah benar.

Jenis-jenis Hati

Hati yang sahih (Qalbun Sahih)

=Bermaksud suci bersih, bebas dari segala gangguan yang menhalangnya dari patuh kepada perintah Allah

Hati yang mati ( Qalbun Mayyit)

=Bermaksud hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah. Manusia jenis ini adalah manusia yang bekerjasama dengan syaitan dan nafsu.

Hati yang sakit (Qalbun Maridh)

=Bermaksud hati yang masih ada kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih2 penyakit. Kadangkala mereka sihat berpandukan iman tapi kadangkala mereka mengutamakan hawa nafsu yang menggila.

Racun Hati

Lidah- lidah yang mula pandai bercakap bohong, berlebih-lebihan dalam berbicara, mengadu domba dan menyampaikan fitnah akan mudah menjadi racun kepada hati.

Mata- mata akan menjadi racun kepada hati apabila mata mula melihat perkara2 maksiat yang diharamkan

Perut- perut akan menjadi racun kepada hati apabila ia diisi dengan makanan yang belebihan.

Nasihat Luqmanul Hakim

“ Janganlah kamu banyak makan dan tidur kerana pada hari akhirat nanti kamu akan miskin amal solehmu ketika bertemu Allah”

Sabda Nabi saw

“ Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang paling khusyuk beribadah. Redhalah dengan rezeki Allah yang kamu terima nescaya kamu akan jadi orang yang paling kaya. Berperilakulah baik kepada jiran, nescaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi diri kamu sendiri, nescaya akan tergolong dalam orang muslim dan jangan lah terlalu banyak ketawa, sesungguhnya ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad & At-Tirmizi)

Tanda-tanda hati yang sakit

=Mudah marah

=Bakhil

=Riak

=Kejam & zalim

=Fasiq

=Suka membenci

=Hasad dengki

=Berat beribadah

=Sombong

Kesimpulannya

Ubat mujarab kepada hati2 yang sakit adalah kembali kepada Allah dengan rendah hati, menjaga ibadah terutamanya solat. Kerana solat yang sempurna akan menggalakkan amar makruf dan mencegah kemungkaran.

Nabi bersabda :

“Banyakkanlah sujud kepada Allah, sesungguhnya bila sekali sujud maka Allah akan mengangkat kamu satu darjat dan menghapuskan satu dosa kamu” (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment