Saturday, January 2, 2010

Checklist Lelaki Memilih Pasangan

Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempersona”

Pilihan pasangan mempunyai persamaan dan perbezaan dalam beberapa ciri. Berikut adalah beberapa ciri yang mudah membuat lelaki cenderung pada seseorang perempuan.

Pada masa yang sama, terdapat juga karekteristik bersama yang diinginkan oleh lelaki dan perempuan dalam meraih cinta sejati. Lelaki mudah cenderung menyukai perempuan yang mempunyai sikap seperti berikut.

1- Si dia pelembut hati, ada jiwa keibuan

Lelaki cenderung kepada perempuan yang mempunyai sikap keibuan, pandai mengambil berat dan penuh kasih sayang.

Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram semasa stress, cemas, gelisah, dan senang hati ketika mahu bermanja.

Setiap perempuan mempunyai potensi keibuan dalam diri masing-masing. Kecenderungan ini timbul kesan daripada pendedahan awal pada ibu yang menjaga anak sejak kecil.

2- Si dia pelembut hati, ada jiwa keanak-anakan

Dalam batas yang wajar, sifat kenak-anakan seorang perempuan menjadi daya tarikan mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah kita.

Tetapi, tentulah bukan sikap keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya sifat manja perempuan yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakiannya.

3- Si dia pelembut hati, mudah menghargai

Mudah berterima kasih pada pemberian baik berbentuk hadian ataupun pertolongan menjadikan lalaki cenderung pada perempuan sebegini.

Jauh dalam hati, perempuan sebegini dianggap mudah menghargai susah payah orang lain dan tidak mudah mencemuh apa yang dilakukan meskipun tidak seperti diharapkan.

Sikap suka menghargai yang ditunjukkan oleh perempuan menjadikan lelaki lebih bersungguh-sungguh memberikan semua yang lebih baik pada masa akan datang.

4- Si dia pelembut hati, menjaga penampilan

Lelaki menyukai perempuan yang pandai menjaga penampilannya supaya sentiasa kelihatan cantil, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan perempuan itu menghargai dirinya.

Perempuan seperti ini memberi yang terbaik lepada dirinya. Senyuman menandakan wanita itu tidak sombong dan layak didampingi dengan cara terhormat.

Perempuan yang suka dan bersyukur apa yang ada pada dirinya secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.

5- Si dia pelembut hati, menghormati diri

Lelaki menyukai perempuan yang menghormati dirinya sendiri sebagai perempuan, bersikap sopan dan mempunyai etika. Perempuan yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apakah yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki pada dirinya.

Jadi, dia tahu apa yang diinginkan dan mahu menjaga maruah dirinya, dia tidak merendah-rendahkan dirinya dan tidak membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

6- Si dia pelembut hati, ada simpati dan prihatin

Lelaki suka perempuan yang murah hati, mengambil berat, simpati pada mereka yang kurang bernasib baik, sayangkan kanak-kanak, dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah mempersona.

7- Si dia pelembut hati, tahu menyesuaikan diri

Lelaki tertarik pada perempuan yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemarannya, perempuan itu dapat mengimbanginya.

Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respons dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang serius kepada perbualan yang lebih menarik.

Lelaki juga suka pada perempuan yang boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka. Perempuan yang suka bertanya khabar mempunyai kemungkinan tinggi untuk diminati kerana sikap ambil beratnya.

8- Si dia pelembut hati, ada takwa dan kelembutan

Direkodkan oleh Ahmad dan disampaikan oleh Aisyah, Nabi Muhammad berkata, “ wahai Aisyah, bertakwalah kamu lepada Allah dan berperangailah lemah lembut. Sesungguhnya sifat lemah lembut itu adalah perhiasan dan jangan sampai dilepaskan sedikit pun”.

Takwa dan kelembutan hádala ikatan yang prlu ditanam dalam hati setiap perempuan muslim.

Takwa merangkumi takut, taat dan patuh serta tunduk dengan kekuasaan da ketetapan Allah pada dirinya.

Maksud takwa luas, ia adalah tunjang akidah seorang Muslim. Ia juga menjadi daya penarik lelaki bagi memilih pasangan yang terbaik untuknya.

9- Si dia pelembut hati iaitu pendamai

Sedia menerima kebenaran daripada sesiapa pun yang menegurnya adalah salah satu sifat yang menjadikan lelaki cenderung padanya.

Pendamai yang dimaksudkan adalah sifat suka menghubungkan silaturrahim, cuba menjauhkan hubungan sesama saudara daripada perpecahan dan berusaha menghubungkankan lebih erat dan mesra.

10- Si dia pelembut hati, dalam dirinya adalah agama

Antara yang terbaik bagi sesorang wanita Islam adalah pengetahuan yang mendalam pada agamanya. Oleh itu, Islam mewajibkan orang perempuan menuntut ilmu sebagaimana diwajibkan ke atas lelaki.

Sifat ini menjadikan lelaki mudah berasa selamat apabila meninggalkan pasangannya kerana tuntutan tugas. Nilai agama yang menjaganya.

Tingkat ilmu perempuan adalah bonus dalam membina perhubungan. Sejarah membuktikan orang perempuan juga sangat kehadapan dalam membina keperibadian dengan ilmu.

Tidak hairanlah pada zaman Nabi Muhammad, kaum perempuan ketika itu berpusu-pusu menghadiri majlis ilmu yang disampaikan baginda.

11- Si dia pelembut hati, punya kemahiran

Memasak bagi sebahagian kita dianggap kemahiran yang remeh dan tidak dipandang lelaki. Memasak mempunyai nilai tersendiri, bukan kerana kesedpan semata-mata tetapi ia mempunyai kuasa mengikat lelaki supaya berada di rumah selepas berumah tangga.

12- Si dia pelembut hati, bijak berterus terang

Berterus terang menjadikan lelaki mudah menerima tanpa perlu berfikir sesuatu dengan begitu mendalam. Perkara yang kecil jangan dirumitkan dengan kata-kata tersirat kerana lelaki mudah menolak perkara sebegitu.

Sumber: Bagaikan Khadijah Di Hati RasuluLlah.

1 comment:

  1. Kengkadang apa yg diingini lelaki hanyalah kedamaian rumahtangga.

    ReplyDelete