Wednesday, January 20, 2010

Duri Kaktus..

Hari ni Allah bagi aku kaktus, duri2 kaktus yang ade ni mencucuk2 sehingga calar balar segenap tubuh badanku,Sakit, perit, pedih, segala sakit dari bisa kaktus aku terima dengan redha.. kadang2 tak tertanggung rasanya..tapi dalam hati aku sentiasa berdoa dan aku sentiasa memohon pada Yang Maha Memberi.. memang aku minta bunga yang cantik, harum, yang boleh ceriakan hidup aku, namun aku tahu, bunga yang cantik dan indah itu tidak akan diperoleh selagi belum tiba musim bunganya.. oleh itu, sementara menanti musim bunga itu, aku pasrah dan redha untuk dicucuk duri2 yang berbisa ini. Kerana aku tahu, suatu hari nanti Allah akan kurniakan jua bunga itu pada aku.. Semoga Allah kurniakan yang terbaik buatku.. ameen.

No comments:

Post a Comment