Thursday, November 17, 2011

"KILL YOUR DARLING"


Then, lepas baca Quran tu, ina baca plak buku yang baru beli, tajuknya "DI MANA DIA DI HATIKU" tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi.. sangat menarik beberapa paragraph di bawah tajuk "KILL YOUR DARLING" ... get ready to touch your heart..


...... kita perlukan orang lain untuk menyunting tulisan kita. dan pada ketika itu sahaja frasa 'kesayangan' kita dipotong atau diperbaiki. kill your darling, itu istilah yang selalu digunakan dalam bidang penulisan. hasilnya, hasil tulisan kita akan menjadi lebih baik, bernas dan tepat.

Teman, kekadang kehidupan seperti itu juga. Sentiasa ada individu, sikap, pendirian atau pandangan hidup yang kita anggap benar tapi hakikatnya tidak. Walaupun kita cuba bermuhasabah, ia tidak akan kelihatan juga kerana sudah terlalu dekat dengan diri kita.

Cuba dekatkan sedekat-dekatnya tapak tangan kita ke mata sendiri. Semakin dekat, semakin kecil radius penglihatan kita dan ia menjadi semakin kabur. Maka begitulah sikap, pandangan dan individu yang telalul hampir dengan kita. kekadang sudah terlalu hampir hingga kita menjadi 'buta' untuk melihatnya.

Boleh jadi dia seorang teman yang rapat. tetapi hakikatnya, dia adalah musuhmu yang ketat. Tetapi oleh kerana terlalu sayang, onarnya kabur di mata kita. Mungkin kerana pandainya dia melayani perasaan dan impian kita, lalu kita letakkan seluruh kepercayaan, padahal dia sedang bersiap sedia mengkhianati kita.

Mungkin ia sebuah buku yang kita kelek ke sana ke mari. kita baca berulang kali,, lalu pengarangnya kita sanjung dan junjung. namun hakikatnya, buku itu jauh daripada hidayah, tersasar daripada taufik Allah. Sedangkan bertahun-tahun kita sudah berhujah, membuat keputusan dan bertindak atas suluhan buku yang kabur itu.

...............

Boleh jadi ia satu amalan yang kita anggap sangat menyelamatkan. Mungkin juga satu gelar kesolehan 'status ibadat' atau status sosoal yang begitu mententeramkan, melegakan, namun tanpa disedari itulan terowong bagi ujub, riak dan sum'ah mencelah. Rasa baik, tenteram dan aman yang 'dihadiahkan' oleh amal dan gelar itu rupa-rupanya membawa kita ke daerah 'rasa yang tidak berdosa atau kurang berdosa' - satu jurang yang paling ditakuti oelh para solihin dan mukminin.

Cari-carilah di mana kecintaanmu yang mungkin membutakan mata hatimu. Belajarlah daripada kisah nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan menyembelih kecintaanya Nabi Ismail a.s - seorang anak yang soleh, taat dan setia manakan mungkin menjadi hijab cintanya kepada yang Esa? Namun Allah menguji Nabi Ibrahim a.s, agar mengutamakan cinta Allah dapripada yang lain,. Siapa sangka Ibrahim yang pernah tega ‘menyembelih’ kebencian pada wajah ratusan berhala, kemudian diperintahkan menyembelih ‘kecintaan’ di wajah anaknya sendiri.

Teman, aku seperti kamu. Kerap dibutakan oleh cinta. Siapakan ‘Ismail-Ismail’ dalam hidup kita? Carilah semua itu disebalik pendirian, prinsip, gelaran, jwatan, amal, isteri, teman dan segala yang menjadi kesayanganmu. ‘Sunting’ tulisan hidupmu dengan imbasan dan suluhan doa. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita panduan dan keberanian untuk jadi seperti Ibrahim a.s. Kill your darling dalam kehidupan.

Sering kita alpa, bahawa yang paling kita cinta itulah yang kerap menjadi hijab untuk mendapat cinta. Bukan untuk menimbulkan dikotomi (pertentangan apalagi dilemma) antara cinta manusia dengan cinta Allah. .. tetapi selalunya begitulah kita teruji. Lepaskanlah cinta yang kecil untuk mendapat cinta yang lebih besar. Apabila kita mendapat cinta yang besar, cinta yang kecil akan menyerah dengan rela.

Apakah Nabi Ibrahim a.s kehilangan Ismail yang rela dikorbankannya? Tidak, bila dia ‘melepaskan’ Ismail, Ismail kekal menjadi anak yang dicintainya. Malah, dia dikurniakan seekor kibasy yang gemuk sebagai hadiah dan barakah kesediannya mengorbankan Ismail a.s. Allah mengajar kita supaya kill your darling bukan untuk mendera, tetapi begitulah yang dinamakan cinta.. sentiasa menagih ujian.

Selepas diuji, layaklah seorang hamba mendapay cinta (manusia) dan cinta Allah kerana Berjaya ‘mengorbankan’ cinta yang kecil demi cinta yang besar! Katakan tidak pada keakuanmu. Katakan kepada keegoanmu, kau bukan aku!

WaLlahua’lam....

No comments:

Post a Comment